Aktiviti

Cha dan Gunasekaren santuni Orang Kurang Upaya Seremban Jaya

20 OKU terima barang keperluan dapur

SEREMBAN JAYA: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada golongan kurang upaya (OKU) di Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Cha berkata, misi bantuan makanan ini dilaksana di bawah program ‘Rakyat Bantu Rakyat’ oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah.

“Misi program ‘Rakyat Bantu Rakyat’ ini masih diteruskan dan hari ini kami telah menyampaikan barangan keperluan dapur kepada 20 Orang Kurang Upaya di Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Mereka yang menerima bantuan pada hari ini ialah golongan yang hilang upaya dan tidak boleh bekerja,” kata Cha.

Sementara itu, Gunasekaren merakamkan penghargaan kepada Cha yang sentiasa prihatin dan membantu golongan yang memerlukan bantuan di DUN Seremban Jaya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Puan Jamilah Said Ali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button