Berita

35 mangsa banjir Felda Bukit Rokan dapat perhatian Abd Latif

GEMENCHEH: Mangsa banjir Felda Bukit Rokan mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Abd Tambi. Abd Latif menyerahkan sumbangan kewangan, barangan keperluan dapur dan selimut kepada 35 keluarga mangsa banjir yang terlibat.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, akibat hujan lebat, 35 rumah dinaiki air dan sebahagian besar barangan elektrik dan perabot telah rosak.

“Saya berharap sumbangan keperluan dapur dan selimut ini dapat membantu serba sedikit setiap keluarga yang terilibat dengan banjir.

“Saya faham kesedihan mangsa banjir kerana separuh daripada barang tidak dapat diselamatkan kerana telah ditenggelami air.

“Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada semua mangsa banjir yang terlibat dengan musibah ini,” kata Abd Latif.

Sementara itu Ahli Parlimen Tampin, YB Hasan Baharom dan Exco Belia dan Sukan, YB Mohd Taufek Abd Ghani turut hadir dan beri bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Hasan menyeru, agensi berkaitan melihat permasalahan ini dan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian banjir ini tidak berluang pada masa depan.

Abd Latif berkata, agensi kerajaan turut membantu mengatasi dan mengenal pasti punca banjir.

Abd Latif turut merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba, Pejabat Daerah, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO Arif, AWAN dan Amanah Kawasan tampin yang giat membantu keluarga mangsa banjir untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitar.

 

Foto: Hafiz

Show More

Related Articles

Back to top button