Program

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ‘jaga’ kepentingan penjaja

Kebajikan golongan penjaja sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Pada tahun 2020, sebanyak 890 petak perniagaan telah disediakan di lokasi sekitar Seremban.

Antara tapak tersebut adalah Tapak Penjaja Dataran Senawang, Tapak Penjaja Taman Sri Pandan, Sikamat (berhadapan Zemart) dan di Dataran Centrio, Seremban 2.

Di samping menyediakan tapak, Kerajaan Negeri turut memberikan lesen perniagaan serta bantuan tunai berjumlah RM300.00 kepada para penjaja yang berpindah ke lokasi baharu.

Langkah yang diambil ini bukan sahaja memastikan kebajikan para penjaja terbela, malahan juga memastikan bahawa aduan orang awam berkenaan kebersihan dan gangguan lalu-lintas diambil tindakan.

Bagi menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri, ketika pembentangan Belanjawan 2021 telah diumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta ringgit bagi membina tapak-tapak penjaja berpusat di beberapa lokasi yang strategik di seluruh Negeri Sembilan.

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan dana berjumlah RM1 juta ringgit bagi satu insentif khas yang memberikan wang tunai secara one-off berjumlah RM300.00 kepada setiap penjaja yang bersetuju untuk ditempatkan di Pusat Penjaja yang disediakan.

Insya Allah, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan terus membela nasib para penjaja tanpa mengenepikan pandangan daripada masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button