Berita

35 pelajar sekolah terima bantuan kewangan RM300 dari Ravi

SRI TANJUNG: Seramai 35 pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) dari ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

“Setiap pelajar menerima bantuan kewangan RM300 dan ini adalah bantuan Fasa 2.

“Sebelum ini di bawah Fasa 1, pelajar yang sama dari DUN Sri Tanjung telah menerima RM250.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif memperkenalkan bantuan ini,” kata Ravi.

Majlis penyampaian bantuan ini diadakan secara dua sesi di Balai Raya Kampung Chokra bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

Show More

Related Articles

Back to top button