Berita

3,500 keluarga terkesan dengan Covid-19 terima bakul makanan dari Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, sebanyak 3,500 set bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurut Cha, bermula 8 Julai hingga 19 Julai, sebanyak 3,500 keluarga di Parlimen Rasah telah mendapat bantuan bakul makanan.

“Hari ini pula sebanyak 150 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk Rasah.

“Saya telah menetapkan setiap hari Rabu sebagai hari menghantar bakul makanan ke rumah penduduk, sehingga misi ini selesai.

“Pendekatan melantik wakil pengagihan yang akan menghantar bakul makanan terus ke rumah, membolehkan penduduk yang tiada kenderaan juga mendapat bakul makanan,” kata Cha.

Cha berkata, beliau akan meneruskan pendekatan menghantar bakul makanan terus ke rumah, kerana dengan cara ini ia dapat mengelakkan kumpulan yang paling terhimpit dari tercicir mendapat bantuan ini.

“Tindakan menghadkan bilangan penerima di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah setiap hari berjaya mengurangkan kesesakan dan mengelakkan penduduk beratur panjang.

“Mulai 22 Julai, kami hanya akan mengagihkan 100 set bakul makanan setiap hari di Pusat Khidmat Rakyat. Kerjasama warga Rasah amat dihargai,” ujar Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button