Aktiviti

Gunasekaren dan Cha sumbang peralatan pencegahan Covid-19

Bantu SJKC Ladang Sungai Salak dalam usaha pencegahan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyampaikan sumbangan barangan bagi pencegahan Covid-19 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Sungai Salak

Gunasekaren berkata, sumbangan di bawah peruntukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah disampaikan terus kepada Guru Penolong Kanan 1, Cik Jesmine dan Yang DiPertua Persatuan IbuBapa dan Guru, Cik Vivian Foo.

“Antara peralatan pencegahan yang telah disampaikan ialah Penyukat Suhu (Thermometer), Penyembur Sanitiser Cecair, Face Shield, pelitup muka (face mask) dan sarung tangan getah.

“Diharapkan sumbangan peralatan ini membantu pihak sekolah dalam usaha pencegahan wabak Covid-19,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button