Aktiviti

36 individu terima sumbangan keperluan asas dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan dapur, lampin pakai buang dan susu tepung kepada golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan sakit terlantar.

“Bulan ini seramai 36 individu terpilih dan berkelayakan di dalam DUN Seremban Jaya telah menerima sumbangan tersebut.

“Sumbangan ini di bawah peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dan Parlimen Rasah.

“Bantuan sumbangan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini dan keluarga masing- masing,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button