Aktiviti

36 pelajar DUN Senaling terima Bantuan Anak Sekolah

SENALING: Seramai 35 orang pelajar sekolah yang kurang berkemampuan dari DUN Senaling telah menerima wang sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjumlah RM250 seorang dalam majlis Bantuan Anak Sekolah (BAS) Fasa Ke-2.

Sumbangan telah disampaikan oleh Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Mohamad @ Basiron di Pejabat Penyelaras DUN Senaling.

“Untuk Fasa 2, bantuan ini diberi sebanyak RM250 seorang di mana sebelum ini pada Fasa 1, kita telah serahkan RM300 seorang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM550 seorang.

“Saya berharap semoga dengan bantuan ini, dapat meringankan beban pelajar sekolah yang berkenaan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas inisiatif yang diperkenalkan ini untuk meringankan kos pendidikan pelajar dari golongan yang kurang berpendapatan,” kata Md Rais.

Show More

Related Articles

Back to top button