Ibubapa Sri Menanti dimotivasi hadapi cabaran Covid-19
Taklimat kursus yang ditawarkan oleh KAYNS turut diadakan

SRI MENANTI: Pusat Khidmat Penyelaras DUN Sri Menanti dengan kerjasama Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) telah mengadakan Program Motivasi Kemahiran Keibubapaan Era Pasca Covid-19.
Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibubapa menghadapi cabaran dan dugaan selepas pasca Covid-19.
“Selain itu program ini juga memberi taklimat kepada kepada ibubapa tentang maklumat kursus yang ditawrkan oleh KAYNS..
“Ramai ibubapa yang tidak tahu tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh KAYNS.
“Semoga dengan penyertaan ibubapa dari DUN Sri Menanti dalam program ini akan membantu ibubapa membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan memilih kursus yang sesuai,” katanya.
Program yang dijalankan di Balairaya Muhibbah Tanjung Ipoh ini dikendalikan oleh Ketua Ekskutif KAYNS, Tuan Bahrom Abu Bakar.