Berita

13 pelajar Tingkatan 5 terima biasiswa dari Malik

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias telah menyampaikan Biasiswa Anak Negeri kepada 13 pelajar Tingkatan 5 dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Senaling.

“Biasiswa Anak Negeri merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Saya berharap anak-anak ini terus berusaha kerana pendidikan adalah satu-satunya kunci untuk membuka dunia ini, serta pasport untuk menuju kebebasan.

“Semoga bantuan ini meringankan perbelanjaan persekolahan pelajar terbabit,” kata Abdul Malik.

Majlis penyampaian biasiswa ini berlangsung di Balairaya Tebat Kering di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button