Berita

40 keluarga dapat bantuan makanan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman menyantuni 40 keluarga dari berbilang bangsa dan agama di Kampung Pekebun Kecil Cina Sungai Lui (Planting).

Menurut Saiful Bahri, beliau telah menyerahkan bantuan barangan keperluan dapur kepada penduduk kampung yang terjejas pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini ianya dapat membantu meringankan beban penduduk kampung dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19,” kata Saiful Bahri.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Pekebun Kecil Cina Sungai Lui, Encik Lew Chong Mun dan Setiausahanya, Puan Si Nyok Lan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button