Aktiviti

40 keluarga Kampung Mantai terima sumbangan makanan dari Amanah

GEMENCHEH: Amanah Cawangan Kampung Mantai menganjurkan program ‘Food Bank’ dan menyumbang makanan asas kepada 20 keluarga kurang berkemampuan di kampung tersebut.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi dijemput untuk turut serta dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut dan menyampaikan bantuan makanan asas.

Selain itu, sempena Sambutan Hari Wanita, Abd Latif turut berkesempatan mengedarkan kuntuman bunga ros kepada para wanita yang hadir pada majlis sumbangan Food Bank tersebut.

Sementara itu, di Balai Raya Kampung Batang Rokan, Abd Latif turut menyantuni 20 lagi keluarga kurang berkemampuan dan menyerahkan sumbangan makanan keperluan asas.

Abd Latif turut mengedarkan kuntuman bunga ros kepada tetamu wanita yang hadir di majlis itu sempena Sambutan Hari Wanita.

Show More

Related Articles

Back to top button