Berita

Tekanan air rendah di Seminari Theologi Malaysia dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat permasalahan tekanan air rendah di Seminari Theologi Malaysia (STM).

Gunasekaren berkata, sebelum ini isu tekanan air rendah pernah berlaku dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah menyelesaikan.

“Tetapi masalah ini berulang semula.

“Oleh itu, saya dan Pengarah SAINS, Encik Mohd Yazid Ahmad telah turun padang bagi melihat permasalahan ini.

“Saya akan berbincang dengan beliau bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang supaya masalah tekanan air ini tidak berulang semula.

“Saya juga akan membangkitkan isu ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

“Saya akan berusaha menyelesaikan masalah ini demi keselesaan dan kebajikan penghuni STM,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button