Aktiviti

650 pelajar terima bantuan uniform sekolah dari Ravi

Ravi sumbang 'Voucher Krismas' RM100 kepada 60 keluarga kurang kemampuan

SRI TANJUNG: Seramai 650 murid sekolah dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan uniform sekolah dari ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Sekolah Tahun 2021 anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung telah diadakan di Balai Raya Kampung Arab.

“Majlis penyerahan diadakan dalam enam sesi bagi mematuhi SOP pencegahan pandemik Covid-19.

“650 murid sekolah yang menerima bantuan pakaian sekolah ini dari DUN Sri Tanjung,” kata Ravi.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Gelam, Encik Bahar dan Setiausaha MPKK Kampung Hailam, Encik Latif.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan

Dalam satu lagi program yang berasingan, Ravi telah menyerahkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan kepada enam pelajar Institut Pengajian Tinggi di pejabatnya.

“Bantuan sebanyak RM1,200 ini untuk menampung kos sara hidup pelajar yang kurang berkemampuan ini di kampus.

“Semoga usaha Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini meringankan beban kewangan pelajar IPT dan ibubapa,” kata Ravi.

Pendidikan penting untuk kanak-kanak

Baru-baru Ravi telah merasmikan majlis ‘Concert and Graduation Day 2020’ anjuran Sri Sakhti Tamil Pre School and Education Centre.

“Dalam ucapan perasmian saya menekankan tentang pentingnya pendidikan kepada semua kanak-kanak di negara kita, kerana generasi akan datang yang akan memacu pembangunan negara ini pada masa depan,” ujar Ravi.

60 keluarga Kristian terima sumbangan RM100

Sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini, Ravi telah mengagihkan sumbangan ‘Voucher Krismas’ bernilai RM100 kepada 60 keluarga beragama Kristian yang kurang berkemampuan di DUN Sri Tanjung.

“Voucher ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai yang telah ditetapkan.

“Semoga sumbangan ini memeriahkan lagi sambutan Krismas pada tahun ini walaupun ianya akan disambut secara sederhana kerana kesan dan mematuhi SOP pencegahan pandemik Covid-19,” ulas Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button