Berita

400 keluarga Tionghua Gemencheh terima bantuan dari Abd Latif

GEMENCHEH: Sempena sambutan Tahun Baru Cina hari Jumaat ini; Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi bersama Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman telah menyantuni 400 keluarga kaum Cina di DUN Gemencheh.

Latif berkata, pihaknya telah menyampaikan sumbangan kewangan (Ang Pow), barangan keperluan asas dan limau mandarin kepada masyarakat berbangsa Cina yang kurang berkemampuan.

“Pada tahun ini, sumbangan dihantar terus ke rumah para penerima dengan mematuhi S.O.P yang ketat.

“Sebahagian sumbangan diagihkan melalui pengerusi MPKK yang terlibat (Kampung Baru Gedok, Kampung Baru Air Kuning, Kampung Tengah, Kampung Jelawai, Kampung Parit Buluh, Kampung Punggur, Kampung Gemencheh Lama, Sri Gemencheh, Felda Bukit Rokan Utara dan Kampung Mantai.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini meringankan beban kewangan dan menceriakan sambutan Tahun Baru Cina,” ujar Abd Latif.

Sementara itu, Abd Latif turut berkesempatan menziarahi dua adik-beradik yang kehilangan ibunya di Kampung Air Kuning Selatan baru-baru ini.

“Saya membawa adik Nur Adrianna Zulaikha Yusman (11 tahun) dan adik Nur Arianna Adawiyah (lapan tahun) ke sebuah pasaraya di Gemencheh untuk membelikan barang kelengkapan sekolah termasuk beg sekolah.

“Semoga bantuan yang diberi ini dapat meringankan beban bapa adik-beradik ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button