Berita

Siti Aishah sumbang RM21,500 kepada 11 masjid dan surau

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM21,500 kepada 11 buah masjid dan 21 buah surau di seluruh DUN Gemas.

“Sumbangan ini telah diserahkan kepada pengerusi masjid dan surau.

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan untuk aktiviti kariah masjid dan surau, lebih-lebih lagi sempena Ramadhan,” kata Siti Aishah.

Sementara itu, pengurusan masjid dan surau mengucapkan terima kasih kepada Siti Aishah kerana menghulurkan sumbangan ini sempena Ramadhan.

Show More

Related Articles

Back to top button