Aktiviti

Pertang: Usaha merancakkan ekonomi dan pelancongan sedang dirangka

Mesyuarat bulanan Yus Mazmi dengan MPKK DUN Pertang

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah mengadakan mesyuarat bulanan bersama semua pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Pertang di pejabatnya.

Mesyuarat yang berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang harmoni telah membincangkan pelbagai isu setempat termasuk merangka program khas untuk komuniti di DUN Pertang.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Jelebu, Encik Muhamad Shazwi Abd Razak dan Penyelaras Mukim Encik Mohammad Shafiq Joemane.

“Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa MPKK DUN Pertang kerana sentiasa cakna dengan aduan dan permasalahan penduduk di kawasan masing-masing.

“Pelbagai aduan telah direkodkan, ada yang telah diselesaikan dan ada yang masih dalam proses penyelesaian.

“Usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan pelancongan setempat sedang dirangka dengan kerjasama Unit Pembangunan Pejabat Daerah Jelebu,” kata Yus Mazmi.

Show More

Related Articles

Back to top button