Aktiviti

42 pelajar Gemencheh terima Biasiswa Rendah Negeri Sembilan

GEMENCHEH:  Seramai 42 pelajar menerima Biasiswa Rendah Negeri (BRN) Negeri Sembilan Tahun 2020, manakala empat pelajar menerima Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Penyelaras DUN Gemencheh Tuan Abd Latif A.Tambi.

Kesemua pelajar dari DUN Gemencheh ini merupakan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Insentif Kecemerlangan IPT dan BRN ini merupakan satu inisiatif dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Melalui BRN, pelajar tersebut menerima bantuan kewangan sebanyak RM330.00 bagi pelajar Tingkatan 5 dan RM360.00 bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

“Manakala bagi pelajar IPT pula menerima RM1,000.00 bagi peringkat ijazah, RM750.00 untuk diploma dan RM500.00 untuk sijil,” kata Abd Latif.

Abd Latif berkata, bantuan kewangan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan pendidikan pelajar terbabit.

Program penyerahan bantuan kewangan ini telah berlangsung di Balai Raya Kampung Tengah.

Show More

Related Articles

Back to top button