Aktiviti

420 keluarga kurang kemampuan disantuni Veerapan sempena Ponggal

REPAH: Seramai 420 keluarga India yang kurang berkemampuan disantuni ADUN Repah, S.Veerapan sempena sambutan Pesta Ponggal.

Majlis Sumbangan Pesta Ponggal 2021 DUN Repah ini telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah di Tampin.

“Sebanyak 420 pek barangan keperluan untuk masakan Ponggal telah diberikan kepada masyarakat India di bawah golongan B40 dari DUN Repah.

“Sumbangan barangan keperluan untuk masakan ponggal ini termasuk pasu tembikar, susu, beras, gula merah dan buah kismis.

“Selain itu, lima buah persatuan penganut Kuil Hindu di DUN Repah, masing-masing menerima 20 pek barangan keperluan untuk masakan Ponggal sempena Pesta Ponggal.

“Thai Pirandhal Vali Pirakkum’ bererti ‘Permulaan bulan Thai membuka peluang baru’, maka saya berharap tahun 2021 ini memberikan peluang untuk anda bagi mencapai segala hajat dan membuka peluang untuk kita menjadi lebih cemerlang,’ kata YB Veerapan.

Veerapan juga merupakan Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Turut hadir Ahli Majlis Tampin Encik Devendran A/L Retnam dan Encik Garindasamey A/L Ganapathy Pathar.

Show More

Related Articles

Back to top button