Berita

Tuanku Muhriz rasmi World Clean Up Day 2020 Negeri Sembilan

Meningkatkan kesedaran masyarakat urus sisa bahan buangan dengan betul

SEREMBAN: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli merasmikan World Clean Up Day 2020 peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Taman Malaysia (Taman Bunga Seremban).

Baginda turut berkenan meninjau persekitaran Pasar Besar Seremban sejurus selepas majlis perasmian serta mengambil kesempatan untuk menyantuni peniaga di pasar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YTM Undang Luak Jelebu, Dato’ Maarof Mat Rashad dan YTM Undang Luak Johol, Dato’ Muhammad Abdullah

Turut hadir, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz; Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malik; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Program World Clean Up Day ini merupakan acara tahunan yang disambut sejak tahun 2018. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kegagalan mengurus sisa bahan buangan dengan betul akan memberi impak negatif untuk dunia dan penghuninya.

Di Negeri Sembilan program ini disertai oleh 700 peserta yang melibatkan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perhutanan, Telekom Malaysia, SWM Environment Sdn Bhd serta NGO seperti Malaysian Humanitarian Foundation, Gema Negeri Sembilan, Pertubuhan Sayangi Malaysia, Greenpeace, Persatuan Lestari Alam Sekitar dan Kelab Mountain Diver (MD).

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button