Aktiviti

433 calon SPM terima set alat tulis dari Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyumbangkan 433 set alat tulis kepada lima buah sekolah di DUN Klawang.

“Seramai 433 calon SPM dari lima buah sekolah di DUN Klawang menerima sumbangan ini.

“Sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Dato Undang Syed Ali Al Jufri, Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang, Sekolah Menengah Undang Jelebu, Sekolah Men. Dato Undang Musa Al Haj dan MRSM Kuala Klawang.

“Sumbangan berupa alat kompas, pembaris pen dan pensil.Saya berharap sumbangan ini dapat menaikkan semangat pelajar dalam menghadapi Peperiksaan SPM yang amat penting,” kata Bakri.

Sumbangan telah disampaikan oleh Bakri di Pejabat Sekolah Dato Undang Musa Al Haj dan Maktab Rendah Sains Mara.

Show More

Related Articles

Back to top button