Berita

Tampin: Ranting KeADILan yang ke-26 ditubuhkan

TAMPIN: KeADILan Cabang Tampin berjaya menubuhkan ranting yang ke-26; kata Naib Ketua Cabang, Saudara Jeffery Young Ahmad.

Naib Pengerusi 1 KeADILan Negeri Sembilan, YB Ismail Ahmad telah merasmikan penubuhan ranting Kampung Ladang.

Dalam ucapan perasmian, Ismail berkata, usaha menubuhkan ranting yang baru sangat perlu kerana sumber kekuatan sesebuah parti adalah kekuatan akar umbi.

“Justeru, semua pihak harus berganding bahu, seiring, sehaluan dan satu visi untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Ranting Kampung Ladang, Saudara Ahmad Hamidi Seman di atas kejayaan menubuhkan Ranting KeADILan Kampung Ladang,” katanya.

Terlebih dahulu Ismail dan Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring mengadakan Sesi Ramah Mesra Bersama Penduduk Desa E-Kasih di Felda Pasir Besar.

Di majlis berkenaan, Ismail menyerahkan sumbangan sebuah pam racun (mist blower) dan mesin rumput kepada Persatuan Penduduk Desa E-Kasih.

Ini adalah merupakan sumbangan daripada Pejabat Penyelaras DUN Gemas bagi tujuan aktiviti keceriaan dan kebersihan kawasan perumahan tersebut.

Turut hadir Penolong Jurutera Pejabat Daerah Kecil Gemas, Encik Nor Erman; Pegawai Balai Bomba Gemas, Encik Azmi Mansor dan barisan kepimpinan MPKK dan JKKR DUN Gemas.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button