Aktiviti

PH GEM: Wanita Gemencheh didedah teknik selenggara kenderaan

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh dengan kerjasama Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah menganjurkan Kursus Asas Pengetahuan dan Penyelenggaraan Kenderaan kepada golongan wanita di Balai Raya Kampung Tengah, Gemencheh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latiff A Tambi berkata, program ini dapat membantu wanita mengenal pasti kerosakan kereta.

“Peserta juga diajar teknik dan cara menukar tayar yang pancit dengan tayar ‘spare’ (simpanan) ketika waktu kecemasan.

“Semoga kemahiran yang dipelajari ini memberi manfaat kepada golongan wanita dari Gemencheh,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button