Berita

Rusli: Tembok penahan cerun di Kampung Sungai Sekawang sedang dibaiki

LINGGI: Kejadian runtuhan tembok penahan cerun di Kampung Sekawang mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Justeru, Rusli bersama juruteknik Pejabat Daerah Port Dickson dan Pengerusi MPKK Kampung Sungai Sekawang telah melawat lokasi runtuhan tersebut.

“Tembok penahan ini perlu dibina segera untuk menghalang runtuhan lebih besar yang boleh memberi kesan kepada kestabilan rumah yang berdekatan.

“Inshah Allah, saya akan membantu membina semula tembok penahan cerun ini, demi keselamatan penghuni rumah yang terlibat,” kata Rusli.

Rusli berkata, kerja-kerja pembinaan semula tembok penahan cerun ini sedang berjalan lancar.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang di atas jalan Kampung Pengkalan Durian turut mendapat perhatian segera Rusli.

“Kejadian pokok tumbang merentangi jalan ini menyebabkan kesesakan lalulintas.

“Tindakan segera telah diambil dengan mengerahkan MPKK Kampung Pengkalan Durian untuk memotong dahan-dahan kecil sementara menunggu pasukan bomba tiba untuk memotong dan membersihkan pokok tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button