Aktiviti

Ziarah Kasih DUN Seri Menanti santuni asnaf

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menziarahi 10 buah keluarga asnaf di Kampung Talang Tengah, Kampung Lintang dan Kampung Talang Ulu, di bawah program Ziarah Kasih DUN Seri Menanti.

Antara keluarga yang diziarahi ialah Saudara Nazar yang baru menjalani pembedahan jantung, Saudari Noratiqah yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini dan beberapa warga emas yang uzur.

Shahran menyerahkan sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur kepada 10 keluarga yang kurang berkemampuan ini.

“Semoga sumbagan ini dapat meringankan beban kepada keluarga dan program ziarah ini juga dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara satu sama yang lain,” kata Shahran.

Turut hadir pengerusi MPKK Kampung Talang Tengah, Kampung Lintang dan Kampung Talang Ulu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button