Aktiviti

450 orang India Repah terima baucer Deepavali RM100

REPAH: Sempena perayaan Deepavali, ADUN Repah, YB S.Veerapan telah mengagihkan baucer Deepavali bernilai RM100 kepada 450 orang penduduk kaum India dari DUN Repah yang kurang berkemampuan.

Veerapan berkata, program sumbangan baucer ini dibuat berperingkat-peringkat kepada 125 orang sehari bermula 9 November hingga 12 November lepas.

“Baucar bernilai RM100 ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dapur dan ia dapat membantu meringankan beban mereka dalam musim perayaan Deepavali ini,” kata Veerapan.

Program sumbangan Deepavali ini turut dihadiri oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi; Ahli Majlis Daerah Tampin, Encik G.Garindasamey dan Encik R.Devendran; Pengerusi Persatuan Tamilar Sanggam Tampin, K.Saravanan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button