Berita

450 pemilik motosikal tukar minyak pelincir percuma

JERAM PADANG: Sempena sambutan Hari Malaysia 2021, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menganjurkan program ‘Tukar Minyak Hitam Percuma’.

Musliadi berkata, seramai 450 penunggang motosikal dari Kampung Taman Jaya, Felda Rokan Barat dan Kampung Felda Palong 2 mendapat manfaat dari program ini.

“Program dengan kerjasama Jempol Retro Owner Motor ini merupakan salah satu usaha membantu mengeratkan hubungan di antara pemimpin bersama penduduk setempat.

“Diharapkan program penukaran minyak hitam percuma ini meringankan beban penduduk tempatan memandangkan motosikal merupakan salah satu pengangkutan utama bagi penduduk di DUN Jeram Padang,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button