Aktiviti

Kellogg’s Malaysia sumbang bantuan makanan kepada asnaf Labu

500 asnaf DUN Labu menerima sumbangan makanan asas

LABU: Pengeluar bijiran sarapan terkemuka dunia, Kellogg’s Malaysia dengan kerjasama ADUN Labu, YB Ismail Ahmad telah mengadakan Program Sumbangan Makanan Kellogg’s Kepada Asnaf DUN Labu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Kellogg’s Malaysia diwakili oleh Pengarah Kilang, Pak Eko Sugiarto dan beberapa pegawai kanan. Manakala Food Aid pula agen lantikan Kellogg’s untuk menguruskan program CSR Kellogg’s dengan Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Ismail berkata, seramai 500 orang asnaf dari 20 MPKK di DUN Labu telah menerima sumbangan berupa produk makanan asas dari pihak Kellogg’s.

“Sumbangan ini merupakan satu jalinan mesra di antara Kellogg’s dan masyarakat setempat khususnya di DUN Labu.

“Melalui pendekatan seumpama ini, ianya membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan,” kata Ismail yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar.

Ismail turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan ikhlas pihak Kellogg’s kepada asnaf DUN Labu dan berharap kerjasama erat sebegini akan berterusan pada masa akan datang.

Turut hadir, Penghuku Mukim Labu, Encik Mohd Azzian Basin dan pengerusi-pengerusi MPKK DUN Labu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button