Berita

AMANAH Negeri Sembilan bantu mangsa banjir Johor

SEREMBAN: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan telah menghantar misi kemanusiaan dan bantuan bencana banjir ke Batu Pahat, Johor.

Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman berkata, misi bantuan ini melibatkan 11 kenderaan daripada pelbagai kawasan seperti Jempol, Jelebu, Tampin dan Seremban.

“Misi ini adalah untuk menghantar bantuan seperti makanan, pakaian dan keperluan untuk mangsa banjir.

“Misi bantuan ini turut mendapat kerjasama dan kordinasi daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelaras DUN dari AMANAH Negeri Sembilan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button