Aktiviti

Festival Kuih Bulan: Bakri santuni masyarakat Tionghua

KLAWANG: Sempena sambutan Festival Kuih Bulan yang juga dikenali sebagai Mid Autumn Festival; ADUN Klawang, YB Bakri Sawir telah mengadakan program menyantuni penduduk kaum Tionghua di Ladang Jelebu dan Kampung Baru Hosapa.

Bakri menyampaikan sumbangan kuih bulan kepada penduduk setempat. Kuih bulan tersebut disumbangkan oleh ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook yang tidak dapat hadir kerana komitmen tugasan lain.

YB Bakri yang tidak asing lagi di kalangan penduduk Kampung Baru Hosapa berkata, beliau amat berbesar hati berpeluang mendekati penduduk kawasan ini.

 

“Program seumpama ini wajar dianjurkan merentasi kepelbagaian kaum, kerana dengan penganjuran program seperti ini kita dapat mengenali budaya kaum lain dan secara tidak langsung dapat memahami tradisi dan amalan kaum lain,” katanya.

Festival Kuih Bulan ini jatuh pada hari ke-15 pada bulan ke lapan di dalam kalendar lunar kaum Tionghua iaitu di antara bulan September dan Oktober dan merupakan sambutan kedua penting selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Turut hadir wakil MPKK Ladang Jelebu, Puan Siow dan wakil MPKK Kampung Baru Hosapa, Encik Ten Pin Fook.

Puan Siow dan En Ten Pin Fook merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Loke di atas sumbangan kuih bulan dan Bakri di atas kesudian beliau mengedarkan kuih bulan berkenaan walaupun di dalam keadaan hujan.

“Keperihatinan dan tanggungjawab sebegini perlu diamalkan oleh setiap pemimpin,” kata Siow dan Ten dalam kenyataan bersama.

 

Show More

Related Articles

Back to top button