Berita

48 pelajar DUN Kota terima Bantuan Anak Sekolah

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim telah menyampaikan Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada 48 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Kota.

Muhammad Allif berkata, bantuan ini bertujuan meringankan beban ibubapa yang menanggung kos persekolahan anak-anak.

“Hari ini saya telah menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM250.

“Sebelum ini pada bulan Julai, pelajar yang sama telah menerima RM300 di bawah Fasa 1.

“Secara keseluruhannya kesemua 48 pelajar ini telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM550 untuk tahun ini,” jelas Muhammad Allif.

Bantuan Anak Sekolah merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Show More

Related Articles

Back to top button