Berita

Bakri: Ancaman makhluk perosak tanaman jagung diberi perhatian

KUALA PILAH: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah mengadakan satu program ‘Walkabout’ ke Projek Tanaman Jagung Manis di PPK Tanjung Ipoh.

Bakri berkata, tujuan utama melawat ke tapak projek jagung tersebut adalah untuk melihat keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha tanaman jagung tersebut.

“Jenis jagung yang ditanam mengikut permintaan industri iaitu GC 93 dan antara permasalahan utama yang berlaku adalah serangan makhluk perosak seperti tikus yang menyebabkan kerugian pada hasil pengeluaran tanaman jagung.

“Beberapa mekanisma yang akan diambil untuk mengekang serangan tikus dengan melihat kajian-kajian lepas yang berjaya,” kata Bakri

Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan, Encik Mohd Khairi Mohd Hadzir; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Encik Hisyam Yacob dan Pengerusi PPK Tanjong Ipoh, YB Dato’ Abd Samad Ibrahim (ADUN Seri Menanti).

Show More

Related Articles

Back to top button