Berita

50 ibu tunggal terima minyak hitam percuma

GEMENCHEH: Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah menganjurkan program penukaran minyak hitam percuma untuk golongan ibu tunggal yang menunggang motosikal.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, program penukaran minyak hitam kali ini menyasarkan golongan ibu tunggal yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama.

“50 ibu tunggal yang dikenalpasti di Felda Sungai Kelamah ini merupakan ketua isi rumah yang menggunakan motosikal bagi mencari rezeki dan melaksanakan pelbagai tanggungjawab menguruskan keluarga termasuk pergi ke kedai, klinik dan menghantar anak ke sekolah.

“Diharapkan program penukaran minyak hitam ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu tunggal ini,” ujar Abd Latif.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam pula menyumbang pek susu tepung khas kanak-kanak kepada 50 ibu tunggal tersebut.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah; Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Aziz dan Ketua Cawangan AMANAH Air Kuning Selatan, Encik Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button