Berita

50 keluarga dikuarantin akibat Covid-19 dibantu Rahman

SERTING: Sebanyak 50 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19, telah dibantu dengan sumbangan bekalan makanan oleh Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, daripada awal bulan November hingga awal bulan Disember ini, beliau telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 50 keluarga di DUN Serting.

“Barangan keperluan asas itu telah diagihkan di Kampung Serting Tengah, Kampung Bayai Lama, Taman Sri Serting, Taman Serting Utama, Felda Serting Hilir, Feldajaya, Kampung Dato’ Johan, Kampung Serting Ulu, Kampung Serting Ilir dan Taman Teratai.

“Saya sentiasa memastikan setiap warga DUN Serting yang dikuarantin akibat Covid-19 ini dapat bantuan makanan.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban setiap keluarga yang terkesan,” ujar Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button