Berita

50 keluarga Hindu Chembong terima ‘Duit Deepavali’

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menyantuni 50 keluarga kurang berkemampuan sempen sambutan Deepavali.

Nasarudin berkata, beliau menyumbang bantuan kewangan kepada 50 keluarga Hindu yang kurang berkemampuan termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dari DUN Chembong.

“Saya juga meluluskan bantuan baik pulih sebuah rumah yang tidak mempunyai cermin tingkap sejak lapan tahun lepas kerana bingkai cermin telah rosak.

“Terima kasih kepada En Fazli (MPKK Batu Hampar) kerana berjaya siapkan pemasangan bingkai dan cermin dengan segera.

“Selain itu, saya juga menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada salah seorang warga emas di Taman Koperasi,” kata Nasarudin.

Nasarudin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali buat semua penganut agama hindu di dalam DUN Chembong.

“Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat semua.

“Patuhi SOP dalam kemeriahan meraikan Hari Deepavali tahun ini.

“Deepavali Nal Vaalthukal,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button