Berita

50 keluarga Hindu terima sumbangan sempena Deepavali dari Rusli

LINGGI: Sebanyak 50 keluarga beragama Hindu yang kurang berkemampuan menerima sumbangan barangan makanan daripada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata beliau telah menyampaikan sumbangan barangan makanan sempena sambutan Deepavali di Takau dan Segenting.

“Saya telah menyerahkan sumbangan berbentuk beras, gula, tepung muruku, pelbagai jenis serbuk kari dan sebagainya.

“Sebanyak 250 keluarga lagi akan menerima bantuan ini di Taman Sengkang, Ladang Sengkang, Air Kuning, Pengkalan Kempas dan Pengkalan Durian.

“Semoga bantuan ini dapat menceriakan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini,” ujar Rusli.

Turut hadir, ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button