Aktiviti

50 Keluarga India DUN Klawang diraikan sempena Deepavali

KLAWANG: Seramai 50 keluarga India kurang berkemampuan yang menyambut Deepavali esok diraikan oleh ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

Bakri menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada 50 keluarga ini dari Taman KSM, Taman Naga Mas dan Taman Seri Kenaboi

Salah seorang penerima sumbangan, Nirmala Veerapan menyatakan perasaan gembira di atas sumbangan Bakri.

“Terima kasih YB Bakri yang amat berbesar hati berkunjung ke rumah saya untuk menyerahkan sumbangan ini,” kata seorang lagi penerima, Ponnulingam Ponnusamy.

“Program seumpama ini dijalankan setiap tahun dan tidak kira apa jua perayaan.

“Dalam kehidupan kita di dalam masyarakat majmuk, kita perlu bersama tanpa mengira perbezaan bangsa.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang menyambut Deepavali esok,” kata Bakri.

 

Show More

Related Articles

Back to top button