Aktiviti

50 keluarga kurang kemampuan disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mewakili Ahli Parlimen Rasah YB Cha Kee Chin dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 50 keluarga kurang berkemampuan.

Gunasekaren berkata, program ini adalah di bawah inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah dan mendapat sumbangan daripada Persatuan Penganut Dewa San Zang, Seremban.

“Sumbangan barangan keperluan dapur ini diberikan kepada 50 orang penerima yang berkelayakan di DUN Seremban Jaya.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya di majlis penyerahan sumbangan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren merakamkan penghargaan kepada Persatuan Penganut Dewa San Zang, Seremban dan Ahli Parlimen Rasah atas keprihatinan dan sumbangan tersebut.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Persatuan Penganut Dewa San Zang, Saudara Long dan Setiausahanya Saudari Maggie Wong; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pengerusi DAP Taman Senangin, Saudara Selva dan Bendaharinya Saudara Hassan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button