Aktiviti

50 keluarga kurang kemampuan terima bantuan beras ABIM Port Dickson

LINGGI: ABIM Port Dickson telah menggerakkan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) dengan kerjasama Penyelaras Dun Linggi, Tuan Rusli Abdullah sempena bulan Ramadhan.

Yang DiPertua ABIM Port Dickson, Encik Mustadza Mazni berkata, seramai 50 keluarga dari DUN Linggi menjadi penerima KSSB pada bulan Ramadhan tahun ini.

“Program ini merupakan program tahunan ABIM di seluruh Malaysia, di mana setiap keluarga akan menerima bantuan bekalan makanan bagi menghadapi Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba,” katanya.

Turut hadir, Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan Port Dickson, Saudara Affendi Malek.

Show More

Related Articles

Back to top button