Berita

Gunting Rambut Percuma untuk pelajar sekolah

GEMAS: Srikandi KeADILan Cabang Tampin dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Gemas telah mengadakan program gunting rambut percuma menjelang musim persekolahan yang dibuka pada hari ini.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, program ini diadakan di Felda Jelai 3, di dua lokasi yang berbeza bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

“Menjelang musim persekolahan yang dibuka esok (hari ini), maka saya dan Ketua Srikandi KeADILan Cabang Tampin, Cik Noor Azleka Halizam mengadakan program ini terutamanya bagi membantu anak-anak dari keluarga yang kurang kemampuan.

“Sasaran saya pada awalnya 60 orang sahaja, namun tidak menyangka seramai 75 pelajar sekolah rendah dan menengah hadir dalam program ini.

“Saya bangga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah dan ibu bapa,” kata Siti Aishah.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Jelai 3, Encik Nor Azman Abd Rahman dan kepimpinan Wanita KeADILan Cabang Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button