Aktiviti

50 keluarga terima bantuan makanan dari Gunasekaren dan Cha

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 50 individu dari golongan OKU dan keluarga kurang berkemampuan.

Program ini dianjurkan oleh MPKK Kampung Baru Rahang yang dipengerusikan oleh Encik Liew dan barangan keperluan dapur disumbangkan oleh Persatuan Penganut Dewa San Zang, Seremban.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan B40 di Kampung Baru Rahang yang masih terkesan akibat Pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada Persatuan Penganut Dewa San Zang, Seremban atas sumbangan kali kedua di DUN Seremban Jaya,” kata Gunasekaren.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Penganut Dewa San Zang, Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Baru Rahang, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Encik HK Lee serta Bendahari DAP Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Saudara Hassan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button