Aktiviti

50 pelajar terima sumbangan pakaian seragam sekolah dari Ravi

SRI TANJUNG: ADUN Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi telah menghadiri dan merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Pakaian Sekolah Tahun 2021 yang dianjurkan oleh MPKK Kampung Gelam bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung di Balai Raya Kampung Arab.

Ravi berkata, seramai 50 orang pelajar telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah.

“Majlis penyerahan diadakan dalam dua sesi dan mematuhi SOP pencegahan pandemik Covid-19,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gelam, Encik Bahar; Setiausaha MPKK Kampung Gelam, Encik Arif; Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahmat.

Show More

Related Articles

Back to top button