Berita

KeADILan Negeri Sembilan lancar Bilik Gerakan Utama serentak

SEREMBAN: Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan telah melancarkan Bilik Gerakan Utama dan Jentera Pilihan Raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PKR secara serentak malam tadi.

Pelancaran tersebut bagi menunjukkan kesiapsiagaan Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelancaran tersebut melibat kan DUN Sikamat, Ampangan, Pilah, Labu, Chuah dan Sri Tanjung.

“Dengan pelancaran ini, gendang Pilihan Raya telah bermula.

“Jadi saya menyeru kepada semua jentera agar istiqamah dan fokus menghadapi PRN ini.

“Kita juga harus berganding bahu bagi memastikan kemenangan calon parti daripada Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Semoga dengan kerjasama yang erat oleh semua jentera kita dapat meneruskan kesinambungan kestabilan dan kemakmuran Negeri Sembilan yang kita kasihi, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button