Berita

500 anak pokok durian habis dijual dalam masa sejam

Bakri mahu meningkatkan pengeluaran durian di Jelebu

KLAWANG: Jualan Anak Pokok Durian Musang King (D197) telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

Program anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia dan ianya membolehkan orang ramai dan petani kecil membeli anak pokok durian berkenaan pada harga RM15 berbanding harga asal RM30.

Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang membeli anak pokok durian yang dijual separuh harga daripada harga sebenar.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir berkata, kesemua 500 anak pokok durian tersebut habis dijual dalam tempoh satu jam sebaik jualan bermula pada jam 9.45 pagi.

“Program ini bertujuan menggalakkan orang ramai dan pengusaha tanaman durian menanam pokok durian sekali gus merancakkan peningkatan pengeluaran durian di daerah Jelebu.

“Pada awalnya kami benarkan setiap individu membeli lima pokok seorang, namun apabila mendapat sambutan amat menggalakkan kita menghadkan kepada tiga pokok seorang sahaja.

“Kita tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa dan saya bercadang mengadakan jualan amal pada 29 Oktober depan sempena Maulud Nabi di lokasi yang sama,” katanya.

Hadir sama Pegawai Pertanian Daerah Jelebu, Encik Roslan Harun yang memberi taklimat ringkas berhubung tatacara tanaman anak pokok Musang King.

 

Show More

Related Articles

Back to top button