Berita

500 keluarga terima barangan asas kuih tradisi Deepavali

SEREMBAN JAYA: Sambutan Deepavali 500 keluarga Hindu yang kurang berkemampuan di DUN Seremban Jaya, dijangka lebih meriah pada tahun ini.

500 keluarga ini menerima barangan asas (mentah) untuk membuat kuih tradisi Deepavali daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

“Pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan kepada semua lapisan masyarakat. Ramai yang terjejas pendapatan terutamanya golongan B40.

“Sambutan Deepavali tidak meriah tanpa juadah kuih tradisi.

“Justeru, saya telah menyumbang 500 pek bahan asas untuk pembuatan kuih tradisi Deepavali.

“Bahan asas yang diberikan adalah bagi membuat Muruku, Acci Muuku, Athirasam, Ooma Podi dan Nei Urundai,” jelas Gunasekaren.

Tambah beliau, semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para penerima dalam menyediakan juadah kuih muih tradisi sempena sambutan Deepavali yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button