Aktiviti

500 pelajar kurang kemampuan terima baucer RM100 dari Ismail

LABU: Program tahunan bantuan awal persekolahan ‘Back To School DUN Labu’ untuk tahun 2021 bagi Fasa 1 telah bermula sejak 15 Disember 2020 dengan melibatkan seramai 500 orang pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

ADUN Labu, YB Ismail Ahmad berkata, setiap pelajar yang terpilih adalah terdiri daripada golongan isi rumah B40 dan asnaf dari 18 MPKK dan tujuh komuniti dari DUN Labu.

“Setiap pelajar menerima baucer pasaraya MYDIN bernilai RM100 untuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut atau beg sekolah.

“Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu meringankan beban ibubapa menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti.

“Bagi Fasa 1 ianya melibatkan pelajar dari 14 kampung iaitu Kampung Batu 9, Kampung Batu 8, Kampung Pasir Putih, Kampung Jawa, Kampung Pelegong, Kampung Batu 10, Kampung Kilang Padi, Kampung Lambar, Kampung Pulau, Kampung Labu Hilir, Kampung Kondok, Kampung Kubang, Kampung Tanjung dan Kampung Jalan Sepang,” jelas Ismail.

Ismail berkata, bagi fasa kedua, majlis penyerahan baucer akan diadakan secepat yang mungkin sebelum sesi persekolahan bermula.

Show More

Related Articles

Back to top button