Berita

500 warga DUN Sri Tanjung berjaya divaksin

SRI TANJUNG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Port Dickson telah menganjurkan Program Suntikan Vaksin Covid-19 di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, program dianjurkan bagi memberi vaksin kepada golongan yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar, tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk proses pendaftaran dan tiada kemudahan internet.

“Seramai 500 orang telah menerima suntikan vaksin dan kebanyakkan mereka terdiri dari golongan warga emas.

“Turut menerima vaksin mereka yang mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin Awam.

“Saya berharap usaha ini dapat menwujudkan imuniti berkelompok khususnya di DUN Sri Tanjung,” kata beliau.

Ravi berkata program ini turut mendapat kerjasama MPKK Kampung Arab, MPKK Kampung Gelam dan MPKK Kampung Paya dengan kerjasama .

“Kerjasama yang diberikan MPKK yang membantu menjayakan program ini adalah amat dihargai.

“Usaha ini dapat membantu mengekang pandemik Covid-19,” ujar Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button