Berita

5,145 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Negeri Sembilan

NILAI: Sebanyak 5,145 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya Moh Caghi Kojo Negeri Sembilan yang diadakan di Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, karnival ini melibatkan seramai 25 majikan dari seluruh negeri yang menawarkan sebanyak 5,145 peluang pekerjaan.

“Setakat jam 3.15 petang semalam, seramai 1,112 individu telah ditemuduga dengan 156 orang berjaya temuduga.

” 631 orang pula akan dipanggil untuk temuduga kedua manakala 326 orang gagal.

“Besarlah harapan saya agar karnival seperti ini dapat memberi peluang pekerjaan buat rakyat Negeri Sembilan di samping memberikan sumber manusia buat syarikat-syarikat dalam negeri,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button