Aktiviti

Gelanggang bola keranjang Seremban Jaya sedang dibaikpulih

SEREMBAN JAYA: Adun Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah melawat gelanggang bola keranjang Taman Seremban Jaya yang sedang dibaiki.

“Kerja baikpulih terpaksa dilakukan kerana papan penahan telah rosak dan jaringnya sudah reput.

“Kerja pembaikan dilakukan di bawah peruntukan Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya dan Parlimen Rasah.

“Terdapat juga lain- lain kerosakan yang perlu dibaiki di gelanggang ini dan aduan berkenaan telah disalurkan kepada Jabatan Taman dan Landskap, Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan lanjut,” kata Gunasekaren.

Turut hadir sama ke lokasi Ahli Majlis MBS, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button