Berita

Linggi: Jalan Pertanian Kampung Air Kuning siap

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah sentiasa mengambil berat permasalahan golongan pekebun kecil dan petani.

Baru-baru ini penduduk Kampung Air Kuning yang mengusahakan pelbagai jenis pertanian termasuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit telah memohon jalan pertanian ke kebun mereka.

“Justeru, setelah menerima permohonan dari penduduk, saya mendapatkan peruntukan daripada jabatan berkaitan dan merencanakan jadual pembinaan dan akhirnya jalan ini siap sepenuhnya.

“Bersama pasukan teknikal kami telah menyemak segala spesifikasi jalan dan jalan ini sudah boleh digunakan oleh penduduk kampung.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah meluluskan peruntukan yang agak Besar untuk melaksanakan projek ini,” kata Rusli.

 

 

Sementara itu, penduduk kampung yang ditemui menyatakan perasaan gembira yang tidak terhingga setelah mendapat jalan baru.

Show More

Related Articles

Back to top button